Entry nie aku taip bermula 1.05 pagi. Aku tak dapat tidur kerana memikirkan kehidupan sendiri. Pada saat ni aku rasa tak tenang, jiwa terasa sakit. Dan aku mahu berkongsi kesakitan tu dengan cerita dari hati.
AKu terasa berat dan lelah melalui kehidupan ini. Terasa penat sangat menjalani kehidupan seharian. Bukan aku nak give up! Tetapi aku hanya mahu berkongsi dan luahkan apa yang aku rasa sekarang. Bukan setiap saat kita akan rasa gembira bukan? Akan ada saatnya kita terasa letih yang amat sangat. Tapi macam mana aku hendak luahkan secara terperinci apa yang aku rasa?
Korang pernah tak alami, seperti perasaan yang aku rasa sekarang?
Aku terasa nak berdiri di atas bangunan yang tinggi, dimana aku boleh lihat suasana di waktu malam. Terlihat kerlipan-kerlipan lampu jalan, bangunan-bangunan dan rumah orang.
Aku mahu menjerit pada alam “beri aku satu saat untuk aku buktikan bahawa aku mampu hidup bahagia, beri aku saat untuk aku buktikan bahawa aku mampu hidup gembira, beri aku satu saat untuk aku buktikan aku mampu jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah, beri aku satu saat untuk aku buktikan impian aku akan menjadi kenyataan, beri aku satu saat untuk aku buktikan aku mampu hidup senang, beri aku kesempatan untuk aku mengatakan bahawa ku terlalu sayang pada ayah, beri aku kesempatan untuk aku mengatakan aku terlalu rindukan arwah mak, Tolong beri aku kekuatan mengharungi kehidupan ini Ya Allah……………”
No comments:
Post a Comment