Alhamdulillah…kerana aku masih diberi kesempatan sekali lagi oleh Allah untuk merasa dan menikmati nikmatnya berpuasa di bulan ramadhan. Nikmatnya dapat solat tarawih berjemaah bersama saudara se Islam di bumi Pulau Pinang ini. Betapa nikmatnya juga di beri kesempatan bersahur bersama teman-teman sekerja di TM Resort ini hanya Allah sahaja yang tahu.
“Ya Allah limpahkanlah keberkatan di bulan ramadhan Mu buat insan kerdil ini. Semoga ramadhan kali ini memberikan aku satu penghijrahan yang kekal sehingga ke akhir nafasku. Bantulah aku Ya Allah untuk menjadikan ramadhan kali ini seperti ramadhan yang terakhir dalam hidupku….seperti aku tidak akan bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang”.
No comments:
Post a Comment