Hari ini kita masih alpa dengan kehidupan dunia, besok juga kita akan tetap alpa sekiranya tidak pernah terlahir sedikit pun dalam hati mahu mengubah kehidupan diri daripada jahiliah menuju kehidupan yang penuh bermakna. Masihkah kita mahu hidup dalam pemikiran yang sempit? tidak mempunyai harapan dan cita-cita yang tinggi? hanya sekadar berpuas hati dengan apa yang dimiliki hari ini..
Hari ini kita mampu berdiri megah kerana memiliki jawatan terpenting dalam negara dan organisasi. Kita berjaya melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Ditambah lagi kita berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di dalam pelajaran. Kita merasa sangat bangga dan berpuas hati. Tetapi adakah tanggungjawab yang lain kita dapat laksanakan dengan sempurna?
Kita dilahirkan ke dunia sebagai khalifah dan memegang satu tanggungjawab yang besar untuk saling mengingati. Kalau tidak kita ingatkan orang lain kita sebenarnya mengingatkan diri kita sendiri bahawa kita ini tidak sempurna tanpa peringatan. Tanpa bimbingan dan sokongan kita akan jadi insan yang terus hanyut dengan kehidupan dunia ini. Siapa lagi yang mampu memberi bimbingan dan sokongan kalau bukan diri sendiri.
Kehidupan dunia hanyalah persinggahan sementara, akhiratlah tempat kita yang abadi samada ke syurga atau neraka. Kehidupan kita semakin singkat, dunia ini sudah uzur dan tidak mampu lagi menampung dosa-dosa ummat manusia yang tidak pernah sedar dan semakin zalim. Dunia ini hanya menunggu masa untuk hancur lebur. Jadi apa lagi yang kita mahu tunggu?
Ingatlah diri...jika hari ini engkau masih alpa dan bertangguh, engkau hanya akan mendapat kerugian dan menyesal pun tidak akan berguna lagi.
No comments:
Post a Comment