Wednesday, March 9, 2011
Stress Melanda Diri
AKu terasa berat dan lelah melalui kehidupan ini. Terasa penat sangat menjalani kehidupan seharian. Bukan aku nak give up! Tetapi aku hanya mahu berkongsi dan luahkan apa yang aku rasa sekarang. Bukan setiap saat kita akan rasa gembira bukan? Akan ada saatnya kita terasa letih yang amat sangat. Tapi macam mana aku hendak luahkan secara terperinci apa yang aku rasa?
Korang pernah tak alami, seperti perasaan yang aku rasa sekarang?
Aku terasa nak berdiri di atas bangunan yang tinggi, dimana aku boleh lihat suasana di waktu malam. Terlihat kerlipan-kerlipan lampu jalan, bangunan-bangunan dan rumah orang.
Aku mahu menjerit pada alam “beri aku satu saat untuk aku buktikan bahawa aku mampu hidup bahagia, beri aku saat untuk aku buktikan bahawa aku mampu hidup gembira, beri aku satu saat untuk aku buktikan aku mampu jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah, beri aku satu saat untuk aku buktikan impian aku akan menjadi kenyataan, beri aku satu saat untuk aku buktikan aku mampu hidup senang, beri aku kesempatan untuk aku mengatakan bahawa ku terlalu sayang pada ayah, beri aku kesempatan untuk aku mengatakan aku terlalu rindukan arwah mak, Tolong beri aku kekuatan mengharungi kehidupan ini Ya Allah……………”
Kecelaruan dalam kehidupan
Kita seakan-akan terperosok ke dalam satu lembah gelap, dan meraba-raba mencari cahaya di dalamnya. Kecelaruan membuatkan hati dan minda kita lemah. Apabila hati dan pemikiran kita lemah, maka jasad kita akan hancur dengan mudah.
Kecelaruan apa yang saya maksudkan?
Kecelaruan dalam meniti kehidupan,Kecelaruan dalam mencari kebahagiaan,Kecelaruan dalam mencari ketenangan dan kecelaruan dalam mencari kesenangan. Definisi bahagia pada hari ini, kita maksudkan dengan wang yang banyak, rumah yang besar, suami yang kacak dan kehidupan yang mewah. Definisi bahagia pada hari ini kita terjemahkan melalui sikap materialistik.
Sesungguhnya,inilah punca kecelaruan kita yang sebenar.Inilah yang menyebabkan kita menjadi buta, hati kita menjadi sakit, dan kalbu kita terumbang ambing. Sehingga merosakkan kehidupan kita sendiri. Cinta dunia dalam erti kata lain materialistik, membuatkan hati dan jiwa kita lemah, sekaligus menjemput kecelaruan datang menarik kebahagiaan dan kesenangan yang sebenar.
Apakah kebahagiaan yang sebenar?
Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila manusia berjaya melepasi segala ujian yang mendatang dan kembali kepada Allah dengan keaadan yang sejahtera. Kebahagiaan yang sebenar adalah hidup kita terhindar dari resah gelisah yang terikat dengan dunia. Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila Allah mengurniakan kita kelapangan hati, dan ketenangan akal untuk terus meniti kehidupan kita, dan kembali kepada-Nya.
Bgaimana kita hendak meraih kebahagiaan ini, seterusnya keluar dari kecelaruan ini?
Tiadalah sumber kebahagiaan melainkan Allah. Tiadalah jalan ke syurga melainkan jalan yang dirintis oleh Rasulullah SAW,dan diikuti oleh para sahabatnya. Untuk menggapai kebahagiaan yang sebenar ini, kita perlulah kembali mengenali Allah dan memahami tuntutan-Nya dan menyedari larangan-Nya.
Apabila kita mengenali Allah dengan sebenar-benar pengenalan, maka kita akan dapati bahawa kehidupan kita akan menjadi lebih senang untuk dilalui. Allah hakikatnya telah menyediakan kepada kita satu sistem hidup,yakni ISLAM untuk menjaga kehidupan kita. Untuk menggapai kebahagiaan yang sebenar, maka ISLAM itu juga perlu dihayati. Allah juga telah memberikan kita contoh manusia-manusia yang terdahulu, baik yang taat mahupun yang ingkar. Untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar. Maka sejarah kehidupan umat terdahulu juga perlu kita lihat kembali.
Kita hakikatnya berada dibawah Langit naungan-Nya, setiap masa, setiap saat dan setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa kita hari ini. Kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi.
Apa kata kita sama-sama bermuhasabah diri, berkongsi dan berfikir untuk mengubah diri menuju kebahagiaan yang sebenar.
Saya bersama-sama dengan anda, kita sama-sama mahukan kebahagiaan yang hakiki. Semoga Allah merahmati anda dan saya.
Marilah kita teliti kehidupan kita!
Saturday, February 19, 2011
IMPIANKU
Apakah makna semua itu?
Itu bermakna aku belum dapat mengenal pasti matlamat hidupku yang sebenarnya di dunia ini. Tetapi, macam mana aku mahu mengenal pasti matlamat itu?
tanyalah diriku sendiri, apa yang aku mahu sebenarnya dalam kehidupan ini.
Adakah aku mahu menjadi insan yang kaya-raya? tetapi pernahkah aku berusaha untuk ke arah itu?
"aku terasa sangat nak merantau jauh dan kenal negara orang". Adakah pernah aku melangkah walaupun sejengkal untuk merealisasikan impian itu?
Yang pastinya, impian dan cita-cita itu memang ada. Tinggi sangat harapan untuk diriku sendiri. Tetapi hakikatnya, diri ini tak pernah pun cuba memajukan diri bagi mencapai impian sendiri.
"Hanya dirimu sendiri yang dapat mengubah impian itu menjadi realiti. Lihatlah kehadapan, tempuhilah liku-liku jalanan itu untuk merealesasikan impianmu. Bawalah kakimu melangkah sejauh-jauhnya, tabah dan kuatkan hati untuk mengharungi duri-duri yang berselirat di hadapanmu".
"Jika kamu terasa amat lemah untuk terus melangkah, ingatlah Allah sentiasa ada disampingmu. Mintalah kekuatan dan kesabaran dari-Nya supaya kamu akan terus berkemampuan untuk melangkah menuju ke destinasi impianmu".
Percayalah kepada diri sendiri, bahawa kamu sememangnya mampu.......
Friday, October 22, 2010
Sandaran Kehidupan
Aku hanya insan kerdil menumpang di bumi-Mu Tuhan. Tangisan kelemahan dan kegembiraan diriku hanya Engkau yang mengetahui. Hanya kepada Engkau tempat aku mengadu dan meminta. Aku hamba yang berdosa kerna lalai dalam mencari makna kehidupan sebenar.
Ampuni aku Tuhan..
Thursday, August 19, 2010
Anak Yang Tidak Berdosa
Sayang..dirimu permata ibu dan ayah. Akan ibu didik dirimu menjadi insan yang soleh dan solehah. Jadilah anak berguna pada ibu, ayah, agama, bangsa dan negara. Jangan lalai dengan kehidupan dunia sayang..kerana keseronokan itu hanya sementara. Jadilah insan yang selalu merendah diri. Semakin kamu berjaya dalam kehidupan semakin kamu tunduk keinsafan kerana segalanya milik Tuhan. Ingatlah permata bonda, ibu dan ayah mencintai dan menyayangimu sepenuh hati, tetapi cintailah Allah lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri dan lebih daripada kamu mencintai ibu dan ayah. Ibu bangga punyai anak sepertimu sayang….
Tetapi kenapa situasi itu tidak berlaku pada saat dan ketika ini?
Mengapakah begini jadinya umat pada akhir zaman ini? Hilangkah sudah sifat belas kasihan dan ehsan di dalam diri masing-masing?
Anak itu tidak berdosa..dirinya suci bersih walaupun lahirnya dari perhubungan yang haram. Sanggup kalian buang dirinya seperti sampah yang tidak berguna. Kalau binatang pandai menyayangi anak nya, kenapa tidak kita manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran?
Kenapa tidak diberi peluang anak itu lahir kedunia, bernafas dan memanggil mama. Tidak layak kah dia untuk hidup di dunia ini? Kalau tidak layak kenapa dilahirkan juga anak itu, tetapi tidak diberi anak itu bernafas sesaat pun, malah sanggup darah daging sendiri dibuang bagai sampah yang tiada nilai langsung dihati. Apa gunanya akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia kalau tidak diguna dengan sebaiknya.
Begitu kejamnya insan yang bernama manusia..
Tidak terfikirkah kalau diri kita sendiri dibuang seperti anak itu oleh ibu saat kita dilahirkan dahulu. Apakah perasaan kita? Tidak rasa bersalah kah kita membunuh darah daging sendiri? Tidak rasa berdosakah? Tidak takutkah kita dengan kemurkaan Allah? Tidak takutkah kita dengan siksa neraka? Kenapa begitu jauh terpesong umat akhir zaman ini?
Ya Allah, kenapa begitu kejam manusia di dunia ini? Bumi merintih derita…gunung berapi meledakkan habanya…lautan bergelora dengan hebatnya, seolah-olah dunia akan hancur pada ketika ini kerana tidak sanggup untuk terus menampung dosa-dosa manusia.
Sedar dan insaflah wahai manusia…selagi kita masih diberi kesempatan, jangan ditunggu sampai ketikanya bumi ini hancur baru kita mahu bertaubat. Kerana saat itu menyesal pun tidak berguna lagi, nasi sudah pun menjadi bubur…..




