Friday, October 22, 2010

Sandaran Kehidupan

Kelmarin aku sendirian, hari ini aku tetap berseorangan. Setiap langkah kaki ku berpijak mencari rezeki di bumi-Mu, aku hanya sandarkan keselamatan diri, hidup dan matiku pada Yang Esa. Kesulitan dalam kehidupan, kepayahan aku berdiri berseorangan hanya menumpang kudrat yang Engkau berikan. Tanpa izinMu aku tidak punya kekuatan.

Aku hanya insan kerdil menumpang di bumi-Mu Tuhan. Tangisan kelemahan dan kegembiraan diriku hanya Engkau yang mengetahui. Hanya kepada Engkau tempat aku mengadu dan meminta. Aku hamba yang berdosa kerna lalai dalam mencari makna kehidupan sebenar.

Ampuni aku Tuhan..

Thursday, August 19, 2010

Anak Yang Tidak Berdosa

Sayang..dirimu permata ibu dan ayah. Akan ibu didik dirimu menjadi insan yang soleh dan solehah. Jadilah anak berguna pada ibu, ayah, agama, bangsa dan negara. Jangan lalai dengan kehidupan dunia sayang..kerana keseronokan itu hanya sementara. Jadilah insan yang selalu merendah diri. Semakin kamu berjaya dalam kehidupan semakin kamu tunduk keinsafan kerana segalanya milik Tuhan. Ingatlah permata bonda, ibu dan ayah mencintai dan menyayangimu sepenuh hati, tetapi cintailah Allah lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri dan lebih daripada kamu mencintai ibu dan ayah. Ibu bangga punyai anak sepertimu sayang….























Tetapi kenapa situasi itu tidak berlaku pada saat dan ketika ini?

Mengapakah begini jadinya umat pada akhir zaman ini? Hilangkah sudah sifat belas kasihan dan ehsan di dalam diri masing-masing?

Anak itu tidak berdosa..dirinya suci bersih walaupun lahirnya dari perhubungan yang haram. Sanggup kalian buang dirinya seperti sampah yang tidak berguna. Kalau binatang pandai menyayangi anak nya, kenapa tidak kita manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran?

Kenapa tidak diberi peluang anak itu lahir kedunia, bernafas dan memanggil mama. Tidak layak kah dia untuk hidup di dunia ini? Kalau tidak layak kenapa dilahirkan juga anak itu, tetapi tidak diberi anak itu bernafas sesaat pun, malah sanggup darah daging sendiri dibuang bagai sampah yang tiada nilai langsung dihati. Apa gunanya akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia kalau tidak diguna dengan sebaiknya.

Begitu kejamnya insan yang bernama manusia..

Tidak terfikirkah kalau diri kita sendiri dibuang seperti anak itu oleh ibu saat kita dilahirkan dahulu. Apakah perasaan kita? Tidak rasa bersalah kah kita membunuh darah daging sendiri? Tidak rasa berdosakah? Tidak takutkah kita dengan kemurkaan Allah? Tidak takutkah kita dengan siksa neraka? Kenapa begitu jauh terpesong umat akhir zaman ini?

Ya Allah, kenapa begitu kejam manusia di dunia ini? Bumi merintih derita…gunung berapi meledakkan habanya…lautan bergelora dengan hebatnya, seolah-olah dunia akan hancur pada ketika ini kerana tidak sanggup untuk terus menampung dosa-dosa manusia.

Sedar dan insaflah wahai manusia…selagi kita masih diberi kesempatan, jangan ditunggu sampai ketikanya bumi ini hancur baru kita mahu bertaubat. Kerana saat itu menyesal pun tidak berguna lagi, nasi sudah pun menjadi bubur…..